Saturday, 25 June 2011

KEK OREN KISAR

Sebenarnya dah seminggu aku berangan nak buat kek ni...tapi tak tau lah kenapa liat sangat penyakit "M" tu nak keluar dari dalam diri aku ni....
Hari entah macam mana terjadi juga kek ni...tu pun start potong limau jam 6.00 petang....start bakar 6.50 petang...kek ni simple je...blend je...dalam bahasa melayu...KISAR....
Aku ambik resepi ni kalau tak salah dari Kongsi Resepi....biasalah...aku rasa ramai kaum hawa cari dan berkongsi resepi kat situ...
Oleh kerana aku guna oren sunkist yang besar...jadi aku buat resepinya 1.5 adunan...hasilnya macam dibawah ni la....
 
Bahan-Bahannya:
  1. 1 biji Oren - belah, buang putih bah. tengah & potong kecik2, masuk dalam blender
  2. 3 biji telur
  3. 1 cawan minyak masak
  4. 1 cawan gula
  5. Pewarna kuning
  6. esen oren (kalau suka)
  7. 2 cawan tepung gandum
  8. 1 sudu besar baking powder
  9. 1 sudu teh bikarbonat soda
  10. secubit garam
Cara-caranya...
  1. Bahan-bahan 1,2,3 dan 4 blend sehingga halus. 
  2. Bahan-bahan 6,7,8 & 9 campurkan dan ayak.
  3. Tuang bahan yang di blend tadi dalam mangkuk, masukkan bahan ayak serta esen dan pewarna kuning gaul sebati.
  4. Bakar selama 1 jam pada suhu 160C.





Friday, 17 June 2011

Marah tak terluah...sayang tak terlafaz...

ASSALAMUALAIKUM....

Pernah tak terjadi kepada anda semua? Apabila sesuatu perkara berlaku, tiada kata-kata yang dapat dilafazkan atau pun kehilangan kata-kata....tiada satu pun perkataan yang dapat diluahkan walaupun didalam kepala berselirat persoalan....Itulah yang terjadi pada ku seminggu ini...
Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran...tetapi zahirnya aku membisu...marah,sakit hati,kesian,sayang...semua ada...

Mudah-mudahan ALLAH memberikan jalan penyelesaian yang baik kepadaku...

Monday, 13 June 2011

aku...

Assalamualaikum....

Apa nak jadi dengan blog aku ni pun aku tak tahu....
orang ada blog aku pun nak ada jugak...
tapi aku ni jenis yang malas nak menulis...angan-angan nak jadi penulis novel...
(angan-angan Mat Jenin je lah kut...)
Tapi berangan tak pe kan...
polis tak tangkap kan...
pun tak kena bayar pun...
sikap aku sendiri yang membuatkan blog aku jadi macam ni...
aku lebih suka membaca dari menulis...
jadi aku akan baca blog-blog dan fb orang lain...
seronok baca kisah-kisah orang...
boleh dijadikan panduan dan sempadan...
aku juga lebih suka mendengar daripada berbicara....
aku sebenarnya susah nak menceritakan hal peribadi atau pun rahsiaku pada orang lain...
hanya mak saja tempat segala rahsiaku....
tapi sejak mak pergi....aku dah tak ceritakan pada sesiapa pun...
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mak....

Aku harap selepas ini aku akan sentiasa mengemaskini blog ni...sian blog aku...